TAJUK 6 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

PENGENALAN DIRI



NAMA : NURUL ZAYANIEY BINTI NORDIN

NO. MATRIKS : D20202096291

KUMPULAN : E

NAMA PENSYARAH : PROFESOR DR. AMIR HASAN BIN DAWI






 APA ITU PENGURUSAN ?

Pengurusan dapat didefinisikan sebagai proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawasi sesebuah organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Pengurusan di sekolah melibatkan aktiviti perancangan, pentaksiran, pengelolaan, pentadbiran, pengawalan dan pemulihan yang mampu melahirkan pelajar yang berkualiti dan membawa perubahan kepada negara.


APA ITU PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN ?

Tingkah laku merupakan tindakan manusia yang boleh diperhatikan, diukur serta dinilai sama ada tindakannya benar atau tidak. Ianya juga merupakan budaya, sikap, emosi, nilai, etika, autoriti, hubungan baik, hipnosis, pujukan, paksaan atau genetik yang mempengaruhi tindakan manusia. Menurut Nasrullah (2006), perlakuan atau tindakan yang dilakukan secara terang-terangan atau tersembunyi sama ada secara semulajadi atau dipelajari untuk mencapai sesuatu tujuan. Terdapat dua jenis tingkah laku iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

    Disiplin pula merupakan tingkah laku yang menepati ketetapan peraturan yang telah dipiawaikan (Faizal A. Ghani et. al, 2017). Dalam kata lain, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Terdapat beberapa jenis disiplin antaranya ialah :

  • Disiplin arahan guru
  • Disiplin arahan kerja
  • Disiplin arahan kumpulan
  • Disiplin arahan dir

JENIS-JENIS SALAH LAKU YANG DILAKUKAN OLEH PELAJAR

Ponteng sekolah

Penyalahgunaan dadah

Mencuri

Memeras ugut

Merokok


PUNCA BERLAKUNYA MASALAH DISIPLIN PELAJAR

1) KELUARGA
    Keluarga merupakan individu yang paling dekat kepada pelajar kerana mereka tinggal satu rumah di mana merangkumi ibu bapa dan adik-beradik. Secara umumnya, keluarga khususnya ibu bapa memain peranan utama dalam membentuk sikap seseorang anak. Ianya bermula daripada cara didikan ibu bapa terhadap anak-anak. Misalnya ibu bapa yang sibuk berkerja akan menjadikan anak-anak kurang diberi perhatian. Dalam erti kata lain, ibu bapa yang sibuk bekerja menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Hal ini berlaku akibat kurang komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak sehinggakan mereka tiada tempat untuk mengadu.

2) SIKAP PELAJAR
    Kebanyakan pelajar pada hari ini merasakan diri mereka telah dewasa di mana boleh membuat keputusan dengan tepat. Pada peringkat ini, seseorang itu mula bertindak kepada tuntutan emosi untuk mencari gaya penampilan tersendiri. Keadaan inilah menyebabkan golongan ini merasa mereka sudah dewasa dan melakukan sesuatu keputusan mengikut persepsi sendiri. Mereka akan mencuba perkara baru walhal mereka belum tahu atau cukup ilmu tentang itu. Keadaan inilah membawa kepada berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah.

3) PENGARUH RAKAN SEBAYA
     Rakan sebaya merupakan individu yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga. Mereka ini juga menjadi pakar rujuk dalam sesuatu keputusan. Namun sekiranya mereka terlibat dengan gejala negatif seperti merokok, mencuri, ponteng kelas dan sebagainya mendorong atau menjadi ikutan rakan yang lain untuk terlibat sama. Pelajar tidak ikut serta dengan aktiviti tersebut akan dipinggirkan dan timbul pula masalah buli dan lain-lain.


LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU PELAJAR

1. PERANAN IBU BAPA
    
     Setiap yang bergelar ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka termasuklah mempunyai peribadi dan tingkah laku yang baik. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini berkait rapat dengan cara didikan dan asuhansejak kecil. Apabila ibu bapa memberi didikan yang baik, anak-anak akan menjadi lebih matang atau boleh berfikir panjang sebelum hendak melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Selain itu juga, ibu bapa perlu memberi kasih sayang yang mencukupi. Boleh dikatakan pelajar yang mempunyai masalah disiplin ini datang dari keluarga yang bermasalah seperti berlakunya penceraian antara ibu bapa. Apabila situasi ini berlaku anak-anak kurang diberi perhatian dan kasih sayang. Tuntasnya, jelaslah di sini bahawa kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa amat penting dan berkesan dalam menangani masalah ini.

2. PERANAN GURU

    Guru merupakan ibu bapa kedua kepada pelajar dan mereka mempunyai peranan tersendiri ketika berada di sekolah. Dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar, seseorang guru itu mesti bersikap adil dalam setiap tindakannya. Misalnya, sebelum hendak menghukum pelajar yang melakukan kesalahan guru itu sendiri perlu menyiasat terlebih dahulu. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah pelajar dituduh melakukan kesalahan namun sebaliknya mereka hanyalah kambing hitam yang dipersalahkan. Guru perlu memandang lebih jauh kerana pelajar kini dikatakan lebih advance dalam menggunakan tipu helah kepada guru. Di samping itu, guru perlu menjadi role model iaitu dengan berperwatakan menarik. Sebagai contohnya, guru bercakap dengan lemah lembut dengan pelajar namun sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan guru tidak memarahi tetapi menasihati. Guru yang sering datang lewat ke sekolah juga akan menjadi ikutan para pelajar. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa datang awal ke sekolah dan masuk ke kelas apabila tiba waktunya mengajar melainkan ada alasan yang munasabah.

3. PERANAN PIHAK SEKOLAH

    Dalam kehidupan yang serba moden ini, pihak sekolah perlu menekankan pendidikan sivik di sekolah. Hal ini bertujuan untuk menerapkan niai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Apabila wujudnya nilai murni dalam diri pelajar mereka akan lebih menghormati guru dan tidak melakukan perkara yang boleh melanggar peraturan sekolah. Selain itu juga, pihak sekolah perlulah menambahbaik pelaksanaan disiplin yang sedia ada. Dapat dilihat bahawa pelajar yang tidak serik melakukan kesalahan bermakna tindakan disiplin di sekolah tidak memberangsangkan sehingga pelajar tidak takut untuk mengulangi kesalahan yang dilakukan. Meningkatkan pelaksanaan disiplin tidak bermakna sekolah berlaku kejam terhadap pelajar namun hanya untuk memberi pengajaran yang sepatutnya kepada mereka.


RUMUSAN

    Secara kesimpulannya, pengurusan tingkah laku dan disiplin sangat penting dalam mendidik pelajar menjadi orang yang berdisiplin di sekolah mahupun dimana-mana sahaja. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dalam menangani masalah disiplin pelajar. Hal ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berakhlak baik dan kaya dengan nilai-nilai murni dalam diri serta menjadi anak bangsa yang maju untuk masa hadapan.

    
RUJUKAN

Chin Pek Lian, Low Li Chueen dan Vivian Low Yen Yeong. (2005). Isu-isu Masalah Disiplin Pelajar: Pendekatan Dan Penyelesaian. Seminar Pendidikan, 1-11. 

Fatimah Ali. (2007). Masalah Sosial Pelajar dan Hubungannya Dengan Kemerosotan
Pembelajaran. Jurnal Usuluddin, 25, 145-154. 



Link Blog Ahli Kumpulan

Comments

Popular posts from this blog

Link Nota Kumpulan ( KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN )